Friday, June 27, 2008

SAJAK



Tertipu Laungan


Aku masih ingat…

Subuh itu

Aku bangun dari perbaringan

Walhal ada yang masih lena di kala itu

Mungkin aku terpilih kerana percaturan yang aku sendiri tidak tahu

Laungan tersebut dari mulut seorang gembala

Mengenai perjuangan membebaskan bangsa..pertiwi.. minda. dan agama

Ramai pemuda pemudi

Dari segenap lorong keramat dan kedai kopi

Terdengar paluan hiruk pikuk gendang peperangan

Bergegar seluruh bumi serta umat timur dan barat

Bangkit kejalanan!

Kami keluar…

Mencari agar ketemu…

Pemukul gendang dan panglima perang yang bersilat ditengah gelanggang

Hati kami luka luka kecil

Badan letih lesu tapi puas

Pencarian kami hujungnya longlai

Tidak ada pertempuran hebat mahupun orang bersilat digelanggang

Mempertahankan agama…bangsa…pertiwi dan minda

Di atas bukit tinggi itu…

Yang ada hanya

Pertandingan bogel membogelkan air muka dua orang pelakon utama

Pertandingan bogel membogelkan…

Sketsa opera

laungan…gendang…dan hiruk pikuk peperangan semakin surut

Akhirnya marhein..

ulamak..

ibu bapa.

mahasiswa

dan pelajar tabika jualah yang setia di rumah setinggan

makan nasi lauk kepala ikan bilis di atas pinggan ayan

rentetan peperangan ilusi minda pemimpin keparat

Tidak adapun pertemuan baru yang membahagiakan kami

Kami pulang ke rumah masing masing

Untuk tidur

Dan di subuh berikutnya tiada lagi laungan penipuan gembala itu

Yang jelas hanya…

Kedengaran laungan muazin di hujung kampong

Mempersilakan tetamu istimewa berkumpul mencari redha

Kami sedar mungkin rahmat telah turun semula

Setelah kami tertipu seketika mendengar laungan gembala dahulu

Lalu segerombolan umat sekali lagi sedar dan pergi ke jalanan

Kali ini sedikit berbeda

Tidak ada gendang…panglima..orang bersilat ataupun gembala

Tetapi yang ada hanya gelanggang seluas alam maya

Dan terpulang kepada kami untuk bersilat atau tidak

Dihadapan PENCIPTA kami…



fauzi-MFA

TELAH DI DEKLAMASIKAN PADA MALAM KEMBARA SENI 2005

KOLEJ ALAMANDA KAMPUS TETAP UNIMAS

Thursday, June 26, 2008

Transformers-imaginasi dan hidup aku



Masa aku kecik lagi aku dah suka tengok transformers.
Ada gak aku ponteng sekolah pagi-orang johor panggil sekolah kebangsaan la tu.

Masa tu aku gila tengok transfomers victor victory.
Versi jepun.

Kemas lakarannya.
Aku layan sebab banyak nilai yang tersembunyi dalam kartun transformers. Membuatkan kita berfikir secara SANTAI.
Sampai aku dah masuk U dan dah keje pun aku masih ikut cerita ni…

Masa tu aku masih ingat aku darjah 3 hari ahad 930 pagi TV1
Cayala…

Masa aku kecik aku berangan, “ bukan ke best kalau ada kenderaan boleh tukar jadik robot”.
Bebalik kita tengok kereta bodoh lori bodoh yang keras tak jadik apa.
Sesekali bila boleh ubah jadik robot baru la nampak organik sikit…

Transformers-imaginasi dan hidup aku


Masa aku kecik lagi aku dah suka tengok transformers.
Ada gak aku ponteng sekolah pagi-orang johor panggil sekolah kebangsaan la tu.

Masa tu aku gila tengok transfomers victor victory.
Versi jepun.
Kemas lakaran dia
Aku layan sebab banyak nilai yang tersembunyi dalam kartun transformers.
Sampai aku dah masuk U dan dah keje pun aku masih fikut cerita ni…
Masa tu aku masih ingat aku darjah 3 hari ahad 930 pagi TV1
Cayala…

Masa aku kecik aku berangan, “ bukan ke best kalau ada kenderaan boleh tukar jadik robot”.
Bebalik kita tengok kereta bodoh lori bodoh yang keras tak jadik apa.

Sesekali bila boleh ubah jadik robot baru la nampak organik sikit…iustrasi kat sebelah ni aku lukis masa belajar buat kasut kat SHRDC 2007.

Camar yang pulang


Tengok burung terbang, pokok, air sungai sejuk rasa hati.
Bebalik tengok besi dan tembok.
Blok rasa kepala otak.
Bukan ke best kalau kat KL ni kehijauan semakin meningkat bukan semakin menurun.
Tenang dan segar secara semula jadi.
Aircond, berbanding hawa daun pokok, hawa pokok lagi segar dan sejuk.
Kita pun rasa dekat diri dengan alam.
Maka terasa kecil sungguh diri ini.

Terima kasih kepada semua-Thanks for all


Kepada yang menghadirkan diri ke ruang ini, aku ingin ucapkan selamat datang.
Moga terbukalah kiranya ruang diantara kita untuk berbicara soal kehidupan, berkertaskan masa hadapan bertintakan pengalaman...
Perjalanan hidup tak pernah selesai.
Bangun dan warnailah kehidupan....

To all of ya, welcome to myblog site.
Hope, there are some place for us to share about future and experience.
Our live will never stop yet.
Stand up and do something wonderful.

FAUZI_ MFA2008